| Tarikh | 29 Disember 2025 |
| Masa | 3:00 PM – 4:30 PM |
| Lokasi | NADI Felda Pasoh 1 |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
- Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang keselamatan siber dengan memberi pendedahan kepada jenis-jenis ancaman siber, risiko penggunaan teknologi digital, serta langkah pencegahan dan tindakan asas yang boleh diambil untuk melindungi data dan maklumat peribadi, sekali gus membentuk amalan penggunaan internet yang lebih selamat, bertanggungjawab dan beretika dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
- Melalui kelas ini, peserta mempelajari jenis-jenis ancaman serangan siber seperti penipuan dalam talian, perisian hasad dan pencerobohan data, cara mengenal pasti tanda-tanda serangan siber, langkah pencegahan keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang selamat dan pengurusan data, serta tindakan asas yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden keselamatan siber.