| Tarikh | 24 Mei 2025 |
| Masa | 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | NADI Felda Pasoh 1 |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan
- Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam subjek Bahasa Melayu melalui sesi pembelajaran atas talian yang interaktif dan konsisten. Ia memberi tumpuan kepada teknik menjawab soalan, pemahaman teks, penulisan karangan, serta aspek tatabahasa penting sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Aktiviti
- Peserta diberi penerangan dan kupasan topik penting dalam silibus Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, seperti rumusan, pemahaman, karangan, dan tatabahasa malah turut diberi latihan menjawab soalan berdasarkan format SPM, termasuk analisis soalan sebenar tahun-tahun lepas.