| Tarikh | 14 Mac 2025 |
| Masa | 2.00 PM – 3.00 PM |
| Lokasi | NADI FELDA Pasoh 1 |
| Peserta | 20 Orang |
Tujuan
- Program ini dibuat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab, khususnya dalam suasana bazar yang melibatkan urusan jual beli secara digital. Ceramah ini memberi pendedahan mengenai risiko ancaman siber seperti penipuan atas talian (scam), phishing, dan penyalahgunaan maklumat peribadi.
Aktiviti
- Antara perkara yang dipelajari ialah mengenal pasti jenis-jenis ancaman siber seperti scam, phishing dan penipuan transaksi, serta cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Peserta juga didedahkan dengan langkah keselamatan seperti melindungi maklumat peribadi, menggunakan kata laluan yang kuat, dan memastikan transaksi dibuat melalui platform yang sah dan dipercayai.