mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Puan Siti Faizuridah Binti Roslan

Nama : Siti Faizuridah Binti Roslan
Umur : 29 tahun
Ahli : 24 Mei 2010

 

Latar belakang

Puan Siti Faizuridah merupakan ibu kepada 2 orang anak yang bercita-cita tinggi. Dengan berbekalkan minat dalam bidang membuat kek dan niat untuk membantu dalam meningkatkan ekonomi keluarga telah mendorong beliau untuk mula berniaga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1. Sebelum ini, Puan Siti Faizuridah merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer dan internet kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Puan Siti Faizuridah sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1, Puan Siti Faizuridah kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan kek beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar Negeri Sembilan. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan.

Contohnya, untuk majlis sambutan Hari Guru, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan untuk dijadikan hadiah dan sebagainya.

Beliau juga dimaklumkan dengan program baru yang terdapat di Pusat Internet iaitu Dashboard Komuniti. Beliau amat tertarik dengan program ini kerana akan dapat memasarkan perniagaan kek beliau dan memperluas segmen pasaran. Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan kek menjadi kenyataan dengan bantuan atau khidmat nasihat dari Pusat Internet.