mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

MAHIR PERTANIAN PINTAR: PEMASANGAN & FUNGSI WATER QUALITY TESTER

Tarikh   20 November 2025
Masa 12:25 PM – 12:55 PM
Lokasi NADI Felda Pasoh 1
Peserta 3 Orang

Tujuan

  • Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memantau kualiti air dalam bidang pertanian moden, khususnya bagi meningkatkan hasil tanaman dan menjaga kesihatan sistem tanaman. Program ini membantu peserta memahami cara memasang, menggunakan, dan mentafsir bacaan water quality tester dengan betul, di samping membina kemahiran asas dalam mengurus teknologi pertanian pintar secara lebih efektif dan berkesan.

Aktiviti

  • Melalui kelas ini, peserta mempelajari cara memasang dan menggunakan water quality tester, memahami fungsi setiap komponen peralatan tersebut, serta mengetahui parameter penting seperti pH, suhu, dan kepekatan nutrien yang mempengaruhi kesihatan tanaman. Peserta juga diajar cara mentafsir bacaan kualiti air, mengenal pasti masalah awal dalam sistem pertanian, dan mengambil tindakan pembetulan yang sesuai bagi memastikan tanaman mendapat persekitaran tumbesaran yang optimum dan lebih produktif.

Gambar Disini