| Tarikh | 25 Mei 2025 |
| Masa | 9.30 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | NADI Felda Pasoh 1 |
| Peserta | 3 Orang |
Tujuan
- Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran bakeri, memberi ilmu tentang kos pengeluaran, pembungkusan, dan strategi jualan, serta membuka peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan melalui perniagaan makanan dari rumah atau secara kecil-kecilan.
Aktiviti
- Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat Pistachio Kunafa Brownies yang betul dari segi sukatan bahan, teknik bakar, dan tips menghasilkan tekstur serta rasa yang sempurna. Juga tentang kos bahan mentah, pengiraan harga jualan, dan strategi menjana keuntungan.