Pesanan PKKM sempena Ramadan 1446 H
Haaa, banyak sangat makanan berbuka tadi ye
Dah makan sedap-sedap dengan pelbagai juadah berbuka, tuan rumah tawarkan lagi untuk bungkus bawa balik pula
“Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan”
Penting untuk bungkus makanan dalam bekas yang bersih dan bertutup seperti dalam bekas plastik dan pastikan bekas yang digunakan adalah bekas plastik gred makanan untuk mengelakkan risiko pencemaran silang bahan kimia berlaku
Ingat, makanan yang dibungkus tadi juga perlu disimpan dengan segera dalam peti sejuk dan dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan
Kalau anda memanaskan makanan menggunakan ketuhar gelombang mikro, penting untuk pastikan bekas plastik tersebut berlabel selamat untuk pemanasan ketuhar gelombang mikro, seandainya tiada, tukarkan makanan tadi ke dalam bekas yang sesuai sebelum dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro
Jangan ambil mudah tau
Pilihan Tepat, Makanan Selamat
Ingat, keselamatan makanan tanggungjawab bersama
