Projek Ternakan Ikan Keli dan Cili atau lebih dikenali dengan nama PETIK merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh Belia Felda Pasoh 1 dan bertapak di Kuarters Lama Perumahan Guru Felda Pasoh 1. Projek ini mula beroperasi pada tahun 2023 sebagai usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat.
Pelaksanaan projek ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Felda Pasoh 1, dengan keutamaan diberikan kepada golongan belia, sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi dan keusahawanan belia luar bandar.
Selain itu, projek ini turut menerima sokongan dan bimbingan daripada Jabatan Perikanan Malaysia serta myKP (myKomuniti Perikanan) bagi memastikan pengurusan ternakan dilaksanakan secara sistematik dan berdaya maju.
Projek ini juga mendapat perhatian serta sokongan penuh daripada Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, sebagai tanda komitmen terhadap pembangunan ekonomi komuniti dan belia setempat.
Alamat : Felda Pasoh 1, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan










