| Perkhidmatan Pintar | : NADI x MAHIR JAHIT |
| Nama | : Nurul Ashikin Binti Abdullah |
| Umur | : 37 Tahun |
| Ahli | : 2020 |
Latar belakang
- Puan Nurul Ashikin Binti Abdullah merupakan seorang suri rumah. Beliau sangat berminat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran baharu terutama dalam bidang jahitan. Beliau ingin mempelajari teknik serta kaedah jahitan yang moden bagi menghasilkan pakaian dan produk jahitan yang lebih berkualiti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
- Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI, beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dalam bidang jahitan. Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai program NADI x Mahir Jahit di NADI. Beliau telah mengikuti program NADI Mahir Jahit untuk memperkukuh kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
- Setelah mengikuti program NADI Mahir Jahit di NADI, beliau kini telah mempelajari pelbagai teknik jahitan moden dan kemas. Beliau juga telah belajar asas jahitan dengan lebih teratur, termasuk cara mengambil ukuran, memotong kain dengan betul serta menggunakan mesin jahit dengan lebih cekap. Selain itu, beliau turut didedahkan kepada penggunaan teknologi dan peralatan jahitan terkini. Pelbagai tips dan teknik yang diajar oleh tenaga pengajar telah banyak membantu beliau memahami dan menguasai kemahiran jahitan dengan lebih baik.


